PANDUAN KADAR BAYARAN PIBG
Dengan ini kadar bayaran PIBG 2026 yang telah dipersetujui sebulat suara melalui Mesyuarat Agung Kali ke-14 (2026) adalah tanda kesepakatan bersama ibubapa untuk komited menyumbang demi faedah anak-anak bersama. Berikut adalah kadar dan panduannya.
1. Yuran Anggota = RM 60.00
Wajib Sekali Sahaja Setahun Per Keluarga atau Isi Rumah
Jika ada beberapa adik-beradik bersekolah di sini, yuran ini hanya dibayar sekali sahaja.
2. Sumbangan Khas = RM 60.00
Dikira Per Individu / Bilangan Kepala Murid
Bersifat mandat bersama yang perlukan akauntabiliti bersama demi ekosistem PIBG bukan bersifat derma terbuka tanpa sebulat suara kadar sumbangan.
Kadar ini tidak terkecuali bagi setiap individu murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
STRUKTUR AGIHAN DANA PIBG
Bagi memastikan ketelusan, sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada pecahan dana berikut bagi kegunaan sekolah dan murid-murid:
Dana Yuran Anggota
Dana Pentadbiran (100%): Digunakan untuk pengurusan Mesyuarat Agung/AJK, elaun Setiausaha & Bendahari, rekupmen (PWR), latihan dalam perkhidmatan guru, keperluan pengurusan PIBG dan lebih kurang (60%) daripadanya disalurkan terus ke Dana Sumbangan Khas
Dana Sumbangan Khas
Dana Akademik & Pendidikan (36.67%): Program panitia matapelajaran, seminar dan perkampungan ilmu UPKK & PSRA, Hari Anugerah Kecemerlangan (HAC), dan program akademik.
Dana Pembangunan & Ekonomi (19.17%): Penyelenggaraan, gotong-royong perdana, projek prasarana (susur gajah, pusat sumber, dll), dan kelengkapan.
Dana Kebajikan & Sosial (14.17%): Program motivasi, sumbangan asnaf/musibah, saguhati kecemerlangan (UPKK/PSRA), bas solat Jumaat, dan langganan penapis air Coway.